Kamis, 30 November 2017

Poring Hot Spring-Kota Kinabalu

Poring Hot Spring (Kolam Air Panas Poring) merupakan kawasan rekreasi popular dengan kolam air panas yang berada di Kota Kinabalu,dianggap mempunyai kelebihan tersendiri seperti dapat menyembuhkan sakit seperti sakit otot. Selain kolam air panas, terdapat juga beberapa kolam biasa yang disediakan untuk pengunjung mandi.Terdapat  beberapa tempat menarik yang ada di dalam kawasan Poring iaitu seperti Taman Rama-Rama, Pusat Pemuliharaan Orkid, Tapak Bunga Rafflesia, Air Terjun dan lain-lain lagi.Antara beberapa kemudahan yang disediakan di Poring Hot Spring ini adalah seperti bilik persalinan, bilik tab mandi tertutup, bilik persidangan dan lain-lain lagi. Pengunjung yang ingin ke sini boleh menaik bas atau teksi. Kadar tambang dari pusat bandar Kota Kinabalu ke Poing Ranau adalah sektar RM20.00 seorang.Poring Hot Spring dibuka setiap hari kepada para pengunjung dari jam 7.00 pagi hingga jam 6.00 petang.

Kadar bayaran masuk ke Poring Hot Spring adalah :
Warganegara dewasa : RM 3.00
Warganegara 18 tahun ke bawah : RM 1.00
Bukan warganegara dewasa : RM 15.00
Bukan warganegara 18 tahun ke bawah : RM 10.00
Bayaran penggunaan perkhidmatan lain adalah :
Bilik untuk persidangan : RM 100.00 sehari
Tab mandi tertutup : RM 15.00 - RM 20.00 sejam
Kamera : RM 5.00 seunit
Video Kamera : RM 30.00 seunit.










Artikel Terkait


EmoticonEmoticon